08 February, 2010

CabaranNya!

08 February, 2010

Sejak majikan saya mengesahkan lokasi jamuan tahunan minggu lepas, agak runsing juga diri ini kerana saya pasti, kali ini sukar sekali saya ingin menolak kerana lokasinya bukan lagi di puncak bukit seperti tahun lepas~ Malah, mengumumkan pada ofismate sekalian juga agak lambat kerana minda saya berpusing-pusing! Bagaimana? Jenuh saya g00gle mencari-cari sumber kekuatan bahawa lokasi tersebut penuh syaratnya untuk seorang muslim.
Namun...... janganlah ditegakkan benang yang basah!

Hujung minggu berlalu seakan terlupa kerana bahagia seketika bersama mereka di sana. Hinggalah lewat semalam, minda kembali ligat berfikir. Bagaimanakah cara yang berhikmah? Bagaimana untuk memulakannya? Entah bagaimana saya temui sebahagian jawapan pada artikel Ustaz Hasrizal dalam Khutbah Jumaat beliau: Sinergi Memanfaatkan Perbezaan.

FirmanNya:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujuraat : 13]

Saya quote kembali huraian ustaz:

Yang menjadikan manusia itu ada lelaki dan ada perempuan adalah Allah.

Yang menjadikan manusia itu berbeza bangsa dan berbeza bahasa juga adalah Allah.


Jika segala perbezaan antara lelaki dan perempuan, serta kelainan antara bangsa-bangsa yang wujud di dunia ini, kita anggap ia sebagai punca masalah, apakah kita mahu menisbahkan masalah kita kepada Allah?

Jika hidup jadi sulit kerana suami gagal memahami isteri kerana dia seorang perempuan, seorang yang berbangsa Melayu hidupnya jadi sulit kerana gagal memahami jirannya kerana beliau berbangsa lain, apakah kesulitan itu salah Tuhan?


Naudhubillahi min dhaalik!


Harusnya kita semua tidak lupa,
mengapa perbezaan itu diciptakan Allah. Allah menciptakan manusia itu berbeza jantina, berbeza bangsa dan budaya, bukan untuk mereka berbalah dan tenggelam dalam khilaf dan masalah. Sebaliknya atas satu tujuan yang besar:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain).


Ya, segala perbezaan itu tujuannya adalah supaya manusia mengecam dan mengenal. Belajar antara satu sama lain. Kerana manusia sering menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu.


Lantas di hati terdetik, akan saya cuba untuk usahakan sesuatu esok. Walau saya sendiri tidak tahu bagaimanakah cara yang berhikmah untuk memulakan demi mengelakkan wujudnya pihak disebelah sana mungkin akan terasa...

Namun, bantuanNya lebih pantas! Lantas memudahkan saya untuk menghuraikannya. Seorang ofis mate saya terlebih dahulu menyuarakannya melalui kiriman pesanan terus pada majikan. Oleh kerana beliau tiada di ofis tadi, maka saya dipanggil untuk menghuraikan lagi segala kekusutan yang bersarang di minda....

Matlamat majikan, mahu raikan bersama!
50% waktu bekerja, 50% lagi mahu build up the bond between all staffs~


Namun, matlamat mereka tidak menghalalkan kami untuk menurutinya. Saya cuba terangkan juga akhirnya bagaimana piawai makanan yang sebetulnya HALAL di sisi ISLAM.

BUKAN MUDAH!

Kerana mereka mengatakan
terang-terang melihat ada juga orang melayu mahu pun yang rupanya persis orang ISLAM makan bersama... Di sinilah CABARANNYA! Mahu menegakkan namun sebenarnya ramai juga yang telah meninggalkan ajarannya. Terasa sungguh terasing namun saya YAKIN! Sekurang-kurangnya mesej itu sampai.

Jika diri sendiri sudah tidak yakin, wajib kita jauhi perkara yang mendatangkan syubhah!

Dan akhirnya, keputusan diambil - mereka berjamuan tahunan dahulu malam ini. Kami, kemudian. Namun sebenarnya kami sudah sepakat.
Prinsip kami mudah. Kami rela mengalah untuk tidak menyusahkan. Malah saya sendiri tidak mahu terbeban dengan kerja mencari tempat yang sewajarnya demi memastikan semua yang muslim dapat turut serta. Itu bukan langkah yang mudah apatah lagi mereka punya maksud kepercayaan tersendiri dalam mengadakan jamuan tahunan...

Apa yang PENTING di sini, CABARANNYA ada di mana-mana. Namun, pertolonganNYA juga sentiasa ada, asalkan kita berusaha untuk mendapatkannya.

PRAY A LOT!!! :)


Di dalam hati, sangat bersyukur dengan bantuanNya!
Sungguh saya tidak punya kekuatan untuk memulakan, namun akhirnya bantuanNya datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka... Walaupun jangkaan saya agak sukar melepaskan diri dengan cara yang berhikmah, tiada yang mustahil bagiNYA!

Kehadiran mereka bukan untuk dibenci mahu pun dikeji.
Kerana DIA mahu kita ambil tahu dan mahu menyampaikan kebenaran kerana mereka juga hamba milikNya cuma berlainan acuannya...

Syukran jazilan Ya Rabb!!! :)

Yang dirindu...


Yang dirindu adalah...

Mereka bakal pulang kembali 10 February 2010

Excited!!!

Three princesses?? :P

Bila gambar ini diambil, "Eh... di mana saya???"

Saya ada di sini!!! :P

Yang kene tinggal tidak perlu rindu~ Hehehe...

3 budak biru~
Tapi ujung kiri tu biru ke kelabu eh? :D


Adakah anda sedang beli minyak @ menjual minyak???
~nGeeee~

Yang dirindu adalah mereka yang berada jauh dari mata...

07 February, 2010

Anger Management

07 February, 2010

Seandainya diri sedang marah, renung kembali hadith Baginda s.a.w:

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah
[Muttafaq ‘alayh]

Seringkali bila kita berada dalam situasi marah, jika kawalan em0si amat rendah, pasti juga kita akan tersilap langkah sama ada kecil impaknya mahu pun besar risikonya di hari akan datang. Justeru itu, renungi pula firmanNya:

"Perkataan yang baik dan pemberian MAAF lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakitkan. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun"
[Al-Baqarah : 263]

Sedangkan Allah bersifat Al-Afuw - Maha PEMAAF, inikan pula kita hambaNya! Ia sukar, namun maafkanlah... Sesungguhnya orang bersabar itu lebih tinggi darjatnya~ :)

"Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang SABAR, dan tidak dianugerahkan kecuali orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar"
[Al-Fussilat : 35]

Saya quote kembali pesanan Ustz. Pahrol dalam entrynya: Jangan Marah,

"Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!"

Sekadar peringatan untuk diri sendiri!

Jangan MARAH! :)

Wallahu'alam~

Syukur!


Come to think of...
Sebenarnya saya terima hadiah yang tidak ternilai dari mereka yang berada di bumi hang tuah~

Hadiah hari jadi - 25102009!
Saya kira ia tidak ternilai kerana di dalamnya terdapat kalam-kalam dariNya sebagai pegangan buat diri yang lemah ini~ Syukran jazilan!!! Akan saya gunakan sebaik-baiknya dan semoga kita bersama mendapat pahala-pahala ganjaran dariNya...

Hadiah hari jadi - 25102009!
Keychain ini punya ayat di atasnya, OPEN YOUR MIND!
Sangat simbolik kerana ia berbentuk kunci serta punya wajah yang tersenyum~

Kunci itu untuk buka minda sambil tersenyum? :)

Saujana mata yang memandang...
A token of remembrance!

Walaupun tidak terjangka akan menerima, tapi syukran jazilan sekali lagi! Saya jarang meminati sesebuah kumpulan mahu pun artis. Namun, jika lagu itu yang selalu berkumandang, pasti liriknya punya kaitan dengan kehidupan saya. Apatah lagi saya lebih selesa mengingatkan diri sendiri dengan mendengar lagu-lagu yang punya lirik yang menyedarkan diri...

Saya punya 'something' yang dapat menemankan saya untuk selamanya, Alhamdulillah~
Moga saya lebih kuat & bersemangat!!!

P/s: Maaf, pemberinya tidak perlu dinyatakan untuk mengelakkan mis-k0munikasi mahu pun mis-understood lagi... :)

Jika terakhir buatku...


Syukran jazilan Ya Rabb~
Untuk semua kenangan terindah... :)

I & U TOGETHER FOREVER!

Suka-suka yang akhirnya berduka~
Benarlah kata orang tua...

Syukran juga untuk saujana itu~
Menjadi teman untuk meneruskan kehidupan...

Lindungi mereka dengan kasih sayangMu Ya Ilahi~

Pohon kemaafan untuk segala salah dan silap, segala kekurangan dalam merancang hinggakan mungkin ada pihak yang berduka~ Jangan cari kesempurnaan dalam diri saya kerana saya hanya hambaNya yang lemah. Di hati punya impian yang BESAR namun saya akur, perancanganNya MAHA SEMPURNA! Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik pandangan mata yang kabur ini...

~Jika terakhir buatku~

Oh Tuhan
HambaMu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu

Oh Tuhan
HidayahMu pernah hadir
Hingga kering air mata ku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi Subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud meng'abdi padaMu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjukMu
Untuk ku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba...

Back to reality!

~ Ya Allah, hiburkanlah dan gembirakanlah daku dengan redhaMu... ~

04 February, 2010

Price To Pay

04 February, 2010

Sungguh berzaman tidak bermain papan kekunci di buku nota sendiri. Yang ada hanyalah intai-intai sepintas lalu! Di waktu ini saya kagum dengan semua ibu-ibu yang punya masa terluang untuk berblogging apetah lagi yang owez up to date dengan menu masakan mereka! Haaaa... tidak!!!~ Adakah saya pun persis makcik-makcik? Saban hari pun suka g00gle-g00gle resipi masakan? But thats d fact! Esp. yang western, cuma belum sempat buat jer! :P

Iyer~ PRICE TO PAY! Life in kl ni selalunya always related dengan price to pay~ What to do... Tadi saya mengambil tindakan drastik + consider price to pay coz saya menukar arah haluan untuk pulang ke rumah dengan cara yang pantas tanpa perlu berhadapan dengan jem! And here goes the price to pay... Selamat RM4 hengget bersama lebihan ukuran jalan sepanjang 7km~ Itulah yang dikatakan price to pay jika anda mahu cepat sampai ke rumah tanpa ada halangan sepulangnya dari kerja. Bukannya nak berkata saya sudah kaya, namun saya rasa penat nak tempuh jem yang bermula seawal kuar lorong ofis lagi. Belum masuk highway! Oh no... Hujan yang turun mengakibatkan ramai yang slow kan pemanduan kereta. Belum masuk acc lagi seperti semalam~ huhuhu.. Namun saya percaya, hujan itu rahmatNya~ :)

Well, bibik ini masih lagi mencuba.. Semalam tidur di rumah makngah, beliau out station lagi. Jadinya pagi ini tidak perlu memasak. Esok saya mahu kuar awal pagi. Jadi lauk esok sudah di masak malam ini~ Dan malam esok, nantilah fikir yer nak makan ape. Saya rasa... d list to eat is ALWAYS GOES ON! :D

Yang di Melaka, semua pun sibuk mahu bersukan. Yang di kl pun bersukan juga~ Tapi di dapur sajalah! :D Saya rasa, leh gak nak relate kan statement saya - Price To Pay dengan event diorang ni. Tapi kene survey whole event dulu la kan baru leh tahu... ;)

Jangan lupa untuk bertawakal setelah kita berusaha~ Ada mungkin apa yang kita harapkan tidak kesampaian namun jangan kita lupa kerana yang dipandang adalah setiap usaha yang dilakukan... Selebihnya, kita serahkan kembali kepadaNya!

Faiza ‘azamta, fatawakal tu ‘alallah
Apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah...


P/s: Baru nak publish after kene remind dengan madam sosc!
Tapi 3 buah kisah as previous entry, x sempat karang lagi~ :D
Bibik bizi! hehehe...

02 February, 2010

Ting!!!

02 February, 2010

Genap 5 malam umi & abah meninggalkan kami menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci milikNya, merasalah saya;

- Bekejar depan belakang manakan kain yang di basuh, pinggan mangkuk perlu dicuci, lauk ape mahu di masak sebagai santapan... Apatah lagi sejak mereka berangkat saya mengalami sindr0m sakit tekak melampau! Sehinggakan strepsil ibarat gula-gula yang perlu di kunyah saban jam~

- Jika sebelum ni g00gle mencari bahan ilmiah mahu pun berjalan-jalan di alam maya menelaah kisah-kisah di blog orang, maka di waktu ini saya g00gle resipi ape yang best untuk di masak! :P

- Jika tidur jam 8 malam, harus terjaga di tengah malam;
Eh... dah siap kemas ke lum?


- Saya penat seketika walaupun saya tahu praktice makes perfect yer bibik!

- Syukran buat madam osc di sana yang sudi bertanya khabar & nasihat saya: Bekerja kerana Allah eh... ;)
Dah penat-penat teringat tasbih Fatimah~ ^_^

- Maaf, tidak sempat untuk update lebih panjang... (@_@)

- Saya punya sebuah kisah di tiga tempat berlainan masa berlainan cerita namun semuanya kembali pada satu perkara:
BantuanNya lebih berkuasa mengatasi segala-galanya...


~InsyaAllah akan saya khabar di lain masa. Remind me please!! ~